Wednesday, December 24, 2008

Salam Perkenalan Melalui Frekuensi

Selangkah ke dunia Radio Amatur.



Sedang QSO bersama V85MH

Saya mengenali Radio Amatur semasa menyertai Jamboree Pengakap Negara Brunei Ke-3 pada tahun 1999. Pertama kali saya bercakap di radio (QSO) di Stesen Kelab Radio Amatur Pengakap Brunei V85BS. Contact pertama saya bersama Hj. Hasnan V85MH. Saya begitu teruja semasa QSO dengan beliau, lebih-lebih lagi beliau memgatakan bahawa beliau berada di Kuala Lumpur! Bagi saya pengalaman dapat berhubung menggunakan radio secara langsung dari Brunei ke Kuala Lumpur pengalaman yang sukar dilupakan. Masa itu saya masih tidak tahu tentang jenis frekuensi yang digunakan sama ada VHF atau HF. Juga berapa jauh pancaran yang dapat dilakukan dengan menggunakan VHF atau HF. Akhirnya, keterujaan saya terjawab apabila Hj Hassan V85MH berjumpa saya dan menceritakan perkara yang sebenar.... Sebenarnya, beliau bukan berada di Kuala Lumpur seperti yang saya sangkakan. Beliau sebenarnya berada di lokasi jamboree tersebut dan berhubung secara simplex menggunakan gelombang VHF!!! Oh... terkena saya rupanya...! Sebagai tanda maaf, Hj Hassan telah menghadiahkan saya sebatang pen cenderahati. Di jamboree ini juga merupakan titik perkenalan "tanpa bicara hanya senyuman" dengan 9W6VH. Tapi itu semua menjadi pengalaman manis saya dalam mengenali Radio Amatur.




Gambar kenangan bersama Hj. Suhaili V85SK, Hj. Abu Bakar V85BA dan Pg. Matahir V85BC.


Wang Pos J036482704 RM 50.00

Langkah pertama saya untuk mendapatkan lesen Radio Amatur adalah mengisi borang RAE dan hantar kepada MCMC beserta wang pos RM 50.00 untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE).

Saya diberitahu oleh Hussairy 9W6VH (Sekarang 9W2VVH) supaya mengambil RAE yang diadakan oleh MCMC pada 20 November 2001 di PWTC. Peperiksaan tersebut merupakan RAE pertama yang dikelolakan oleh MCMC. Atas nasihat daripada 9W6VH dan saudara Zaki 9W2MN, saya mula membuat ulangkaji dan mengikuti kursus sehari bersama MARTS. Saudara Aziz 9M2AU menghubungi saya untuk mengikuti kursus pengenalan Radio Amatur pada 11 November 2001 di Bangunan Puspanita berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sifu/guru saya, saudara Alex 9M2RI dan saudara Aziz 9M2AU kerana telah banyak membantu serta menumpahkan ilmu disamping berkongsi pengalaman mereka kepada saya dan teman-teman seperjuangan. Semasa kursus tersebut saya dipanggil YL. Kebetulan hanya saya seorang saja peserta wanita.


Inilah surat pengesahan RAE No. Index 0208 bertarikh 2 November 2001 daripada MCMC. Surat ini sebagai tiket untuk untuk menduduki RAE. Jangan bimbang jika lewat atau masih belum terima surat tersebut kerana anda boleh menghubungi MCMC. Ok!

Selepas kursus pengenalan Radio Amatur oleh MARTS, saya terus membuat ulangkaji dan mengumpul maklumat terkini sebagai persediaan RAE nanti. Dalam masa itu, sempat juga saya eyeball dengan 9W6VH dan berbincang tentang Radio Amatur. Sedikit sebanyak dapat juga membantu saya mendalami bidang komunikasi dan hobi Radio Amatur ini.

Selepas itu, 9W6VH ada berjanji dengan saya iaitu sekiranya saya lulus RAE ini, 9W6VH akan hadiahkan 1 set handy. "Janji tau!"... dan ini menjadi pembakar semangat saya untuk berusaha dan memastikan saya lulus dalam RAE tersebut. Untuk info, ketika itu 9W6VH adalah tunang saya :)


Saya menerima surat keputusan RAE pada 23 Disember 2001, sehari selepas saya dan 9W6VH melangsungkan majlis perkahwinan. Keputusannya, saya LULUS. Horey! dan seperti yang 9W6VH janjikan, saya menerima satu set Radio jenama ICOM IC-T22A.


LULUS... inilah surat keputusan RAE 2001

Saya mengikut 9W6VH balik ke Sabah dan menetap di Taman Seni Bena, Kota Kinabalu. Kemudian urusan permohonan penguntukan radas dibuat di MCMC Sabah dengan mengisi dan melengkapkan borang berserta yuran proses Rm 60.00. Saya memohon callsign 9W6VQ dan AA saya dikeluarkan pada 4 April 2002.



Menerima AA dari pegawai MCMC Sabah dengan callsign 9W6VQ


Ini adalah QSL Card pertama saya terima daripada 9W6VH

QSO pertama saya ialah dengan OM saya sendiri iaitu Hussairy 9W6VH di Repeater 9M6RGK (frekuensi 147.900 MHz) pada 5 April 2008, jam 6.25 pm. Ketika itu saya di base manakala 9W6VH mobile di Kota Kinabalu.

Kini, saya sudah berpindah ke Sungai Besar, Selangor mengikut OM saya yang bertugas di SMK Sungai Besar mulai Julai 2004. Saya juga telah menukar callsign kepada 9W2VVQ. Demikianlah sedikit coretan saya dalam "Selangkah ke alam Radio Amatur".

73 de Azura 9W2VVQ
25.12.2008